Thursday 11 June 2015

BIG BAD WOLF 2015

Hari ni nak story pasal pegi BIG BAD WOLF kat Penang Times Square..punya la ramai orang.. sampai dalam pukul 11a.m
ronda ronda sampai kat tengah si adik mengamuk..lapar la kot kan..
terus amik buku buku dalam basket simpan dulu kat kaunter..kami pon kuar cari makan...bila dah siap makan nampak adik mcm mengantuk.si babah decide nak balik rumah dulu...rumah tak la dekat ..jauh jugak oke...
area bukit jambul indah so balik umah dulu...tidurkan adik dan pegi balik ke sana...wat keja gilaa tauuu..tapi puas ati buku murah amat...


 


Tuesday 9 June 2015

BUDAYA DAN EPIDEMEOLOGI PENYAKIT

fuhhhhhh...tengok tajuk mcm ngeri giler...macam nak jadik doktor pulak ekk...haa ni la last paper untuk saya ezam esok..
saya pelajar tahun 3 PJJ USM..memang x senang jugak la amik PJJ ni...
otak dah karat...lama x update belog ni..dah berhabuk dan bersawang...
sape yang nak amik PJJ USM boley rojer rojer saya sebab saya...hehhehe
jumpa lagi di lain entry..jadi student ni kena byk makan omega...sebab cepat lupa...baca semua x masuk...hihi



Friday 24 April 2015

8 TIPS HILANGKAN/REDAKAN KAHAK BAYI

Salam semua....
bila baby tak sihat...batuk2...mula la kahak pon bersarang dalam tekak...dalm paru paru...disini saya kongsikan 8 tips atau petua yang membantu meredakan kahak bayi...kesian ...diorang x pandai lagi nak buang kahak kan...cubalah...
mana tahu menjadi...selawat dulu ya...mintak disembuhkan....
Selamat Mencuba!!
1) Air kelapa
Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula.
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.


2) Madu
Guna madu asli.
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air
Kalau baby, madu + air
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa


3) Teknik tepuk @ percussion. Tepuk perlahan dengan tapak tangan yang melengkung di atas tulang belakang bayi

4) Gas nebulizer 
Untuk cairkan kahak.
Kahak akan keluar melalui najis atau muntah


5) Rawatan makanan tambahan yang mengandungi Omega - ia membantu mencairkan kahak..boleh cuba Omega Guard Shaklee

6) 2 ulas bawang putih + minyak masak
Cara :
-bawang putih dibakar hingga lembut
-lenyekkan + cikit minyak masak
-lulur ke leher, dada, belakang baby


7) Daun kaduk + kapur + air
Cara :
- daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
- lulur ke dada, leher, belakang baby



8) Kunyit hidup
Cara:
- bakar kunyit hidup
- gesek pada lesung batu
- ambil air pada lesung dan sapu pada hidung dan dada baby




SELAMAT MENCUBA YA!!


Tuesday 21 April 2015

Corelle Murah

Hi uols...sejak dua menjak ni saya tergila pinggan mangkuk n periuk la..hahaha..padahal dah lama orang gilakan benda2 ni kan...saya baru tergila sebab baru masuk 30an kot...hehehe
saya suka beli online...sebab online murah dari kedai...kalau yang pre oder lagi la murah tau...hari tu saya terjumpa page fb jual corelle murah..klik sini ok...x ramai pon like page ni tapi harga die murah...saya beranikan diri untuk order... 

lepas dah bayar deposit bulan 12 thn lepas...maka barang pon sampai la awal april hari tu...patutnya sampai lagi awal tapi ada delay dekat kastam...saya beli set 16pcs ni rm200 je tau...design ni design baru dekat US ...saya beli 2 set...tapi masih di opis belum bawak balik umah..hehehe...ini lah die design nye...cantik tak...hihi
saya suka sebab simple, lagipun design baru...maka ku rembat dua set..boleh la kan....belasah jekk...


Product Information
•   South Beach 16-pc Dinnerware Set includes 4 each: 10-1/4" Dinner Plates, 6-3/4" Bread and Butter Plates, 18-oz Soup/Cereal Bowls, 11-oz Stoneware Mugs 

•   Dishwasher safe for long lasting patterns 
•   Microwave and oven use for versatility 
•   Patterns won't wash, wear or scratch off 
•   Break and chip resistance for carefree durability 
•   Stackability for cupboard space efficiency 


yeaaaaa....nanti korang tgk fb tu yeaaa....tataa

Sunday 19 April 2015

7 PETUA BILA ANAK DEMAM SELSEMA

Bagi ibu ibu yang ada baby..memang tak terlepas mencari petua bila baby demam kan...petua zaman sekarang kadang kadang bercanggah dengan petua zaman dahulu....kita gunapakai yang mana logik ok....
Disini saya share beberapa petua yang ibu boleh ikut...

* Pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya keluar panas dari dalam badan...mengurangkan suhu badan.... Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan manusia...

* Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Kita dewasa pun kalo selsema bila mandi rasa longgar hidung yang tersumbat kan...macam tu jugak anak yang selsema...Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.


• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)


• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.


• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….


Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain…

Credit to TIPS INFO DAN KELUARGA

Monday 2 March 2015

ddd

ssss

ESP ENERGIZING SOY PROTEIN

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.


Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 8 February 2015

7 SEBAB PROTIN PENTING

Okay kawan kawan...jom zue nak share kenapa ESP ni sangat istimewa..berbeza dengan soya lain..kadang kadang ada orang tanya apa bezanya ESP dengan soya lain...eh! memang la berbeza...barang berkualiti kan... ;)
cekidauutttt ya frensss
  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  •  Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium





So jangan samakan soya shaklee dengan soya kat pasaran ya...beza memang berbeza....tak cuba tak tau kan?
marilah kita ambil soya yang berkualiti je ye...


---------------------------------------------------------------------------------------